737 tahanan Palestin di Israel dijangka dibebaskan esok

737 tahanan Palestin di Israel dijangka dibebaskan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Kementerian Kehakiman Israel mengeluarkan senarai terkini 737 tahanan Palestin yang dijadualkan dibebaskan dalam fasa pertama, pada pukul 4 petang, esok.

Ia merupakan sebahagian daripada fasa pertama perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.

Terdahulu, pihak berkuasa Israel mengeluarkan senarai nama 95 rakyat Palestin yang dijadualkan dibebaskan pada esok sebagai pertukaran untuk 33 tahanan Israel yang ditahan di Gaza.

Khalida Jarrar yang merupakan seorang pemimpin terkemuka dari Popular Front for the Liberation of Palestine dan anggota Majlis Perundangan Palestin, turut tersenarai sebagai individu yang akan dibebaskan.

Wartawan Palestin Bushra al-Tawil, yang pernah dibebaskan dalam pertukaran tahanan pada 2011 antara Hamas dan Israel, juga termasuk dalam senarai itu.

Senarai tersebut juga merangkumi beberapa anggota Hamas, Jihad Islam Palestin dan gerakan Fatah yang memerintah di bawah Pihak Berkuasa Palestin, yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup, lapor The Times of Israel.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN