Pearly-Thinaah tercorot dalam kumpulan maut

Pearly-Thinaah tercorot dalam kumpulan maut

Kecederaan tersebut dipercayai berpunca daripada aksi sengit di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 yang menyaksikan prestasinya bersama M. Thinaah terjejas hingga tersingkir di peringkat suku akhir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah menamatkan kempen Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China di tempat tercorot dalam Kumpulan A apabila mengalami kekalahan ketiga berturut-turut, sebentar tadi.

Pearly-Thinaah terpaksa akur tewas kepada pasangan No. 1 dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning 21-9, 18-21, 21-18 dalam tempoh 76 minit di Pusat Gimnasium Olimpik Hangzhou.

Terdahulu, pasangan negara tersungkur pada aksi pembukaan menentang gandingan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida sebelum beregu India, Treesa Jolly-Gayathri Gopichand menutup peluang mereka ke separuh akhir.

Sheng Shu-Tan Ning diangkat sebagai juara Kumpulan A manakala Matsuyama-Shida selaku naib juara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN