Peluang Antonelli julang gelaran dunia

Peluang Antonelli julang gelaran dunia

Kimi Antonelli (kiri) bersama pelumba pasukan Ferrari, Lewis Hamilton dalam saidang akhbar menjelang perlumbaan Grand Prix Amerika Syarikat di Austin, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUSTIN: Sensasi Mercedes, Kimi Antonelli mengakui dia memerlukan hujung minggu yang sempurna pada Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) untuk merealisasikan impian merangkul kejuaraan dunia Formula Satu (F1) buat kali pertama dalam kariernya.

Pelumba berusia 20 tahun itu berpeluang mencipta sejarah sebagai juara dunia termuda F1 sekiranya memenangi perlumbaan Ahad ini, dengan pencabar terdekat merangkap rakan sepasukannya, George Russell, menamatkan saingan di luar kelompok lapan terbaik.

Antonelli turut memerlukan juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton daripada Ferrari, menamatkan perlumbaan di luar kelompok empat teratas bagi membuka laluan kepadanya mengesahkan kejuaraan lebih awal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antonelli berkata, dia memilih untuk kekal tenang dan menikmati perlumbaan, selain mengekalkan pendekatan sama yang membantunya mengharungi musim ini tanpa terlalu memikirkan kemungkinan meraih gelaran dunia.

Menurutnya, setiap perlumbaan perlu dihadapi satu demi satu dengan memberikan prestasi terbaik, sebelum melihat sejauh mana peluangnya untuk merealisasikan impian tersebut.

“Apabila memikirkannya, memang sukar dipercayai. Bagi saya, hujung minggu ini perlu berjalan sempurna.

“Manakala pelumba lain pula perlu mencatat keputusan buruk, sesuatu yang tidak mungkin berlaku dengan mudah,” katanya.

Sementara itu, Hamilton yang pernah menyerahkan tempatnya di Mercedes kepada Antonelli ketika berpindah ke Ferrari, memuji bakat serta sikap pelumba muda itu menjelang kemungkinan detik bersejarah berkenaan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini