KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia membuat langkah besar apabila menyasarkan untuk meraih sekurang-kurangnya lima pingat emas sebagai tuan rumah pada temasya Sukan Orang Pekak Asia Pasifik (APDG). Temasya berprestij edisi ke-10 itu sudah membuka tirainya bermula semalam sehingga 8 Disember ini yang akan berlangsung di sekitar negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) Ong Shin Ruen berkata, sasaran itu wajar ditetapkan susulan atlet kebangsaan pada tahap…