MOSCOW: Media Russia melaporkan Presiden Syria, Bashar al-Assad yang digulingkan dan ahli keluarganya kini berada di Moscow dan diberikan suaka politik oleh kerajaan negara itu.
Kementerian Luar Russia sebelum ini berkata, Bashar berundur dan meninggalkan negara tu.
Pemerintahan zalim Bashar selama 24 tahun berakhir selepas pejuang pembangkang Syria merampas ibu negara, Damsyik, semalam.
Perintah berkurung diisytiharkan di Damsyik selepas orang ramai turun ke jalanan beramai-ramai bagi meraikan kejatuhan Kerajaan Bashar. -ALJAZEERA