Pyongyang lancar peluru berpandu balistik ke Semenanjung Korea

Pyongyang lancar peluru berpandu balistik ke Semenanjung Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara melancarkan salvo peluru berpandu balistik ke arah laut di luar pantai timur Semenanjung Korea. 

Ketua Turus Bersama (JSC) Korea Selatan berkata, pihaknya mengesan pelancaran peluru berpandu balistik ke arah Laut Timur, yang juga dikenali sebagai Laut Jepun.

Namun, JSC kemudian melaporkan beberapa peluru berpandu jarak dekat ditembak oleh Pyongyang kira-kira 7.30 pagi (waktu tempatan) semalam.

“Kami mengekalkan kesiapsiagaan penuh sambil berkongsi data peluru berpandu balistik Korea Utara dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Jepun,” kata JCS seperti dilapor agensi berita Yonhap.

Peluru berpandu itu terbang kira-kira 400 kilometer (km) selepas dilancarkan dari kawasan Sariwon, yang terletak di selatan Pyongyang, menurut tentera Korea Selatan.

Kerajaan Jepun turut mengesahkan pelancaran itu dan pengawal pantai melaporkan peluru jatuh ke dalam laut di kawasan yang menurut laporan NHK berada di luar zon ekonomi eksklusif maritim negara tersebut.

Menteri Pertahanan Korea Selatan, Kim Yong-hyun, baru-baru ini memberi amaran Korea Utara mungkin meningkatkan demonstrasi ketenteraannya menjelang pilihan raya presiden AS, untuk menarik perhatian Washington dan mempamerkan kekuatan mereka.

Minggu lalu, Korea Utara menguji peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), Hwasong-19, yang menggunakan bahan bakar pepejal ke arah laut di luar pantai timurnya.

Agensi perisikan tentera Korea Selatan mendakwa, Utara juga dipercayai menyelesaikan persiapan untuk ujian nuklear ketujuh, minggu lalu.- AL JAZEERA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN