Suspek disyaki cuba membunuh rakan sekolah

Suspek disyaki cuba membunuh rakan sekolah

Cuba membunuh
PELAJAR perempuan sebuah sekolah menengah di Banting yang ditikam rakannya dilaporkan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Banting, Kuala Langat. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seorang pelajar perempuan disyaki cuba membunuh rakannya dengan sebilah pisau dekat sebuah sekolah menengah di Banting, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.50 pagi yang memaklumkan terdapat seorang pelajar perempuan cedera di dalam kawasan sekolah.

“Polis kemudian bergegas ke tempat kejadian dan menjalankan siasatan sebelum mendapati pelajar perempuan itu ditikam menggunakan sebilah pisau oleh seorang pelajar perempuan lain.

“Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Banting dan dalam keadaan stabil sementara suspek pelajar terbabit ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jelasnya, polis menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

“Orang ramai diharap tidak membuat sebarang spekulasi bagi mengganggu siasatan. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil ke balai polis berhampiran.

“Atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-3187222,” ujarnya.

Terdahulu, Utusan Malaysia situasi dekat sebuah sekolah menengah di Banting di sini, hari ini gempar apabila berlaku kejadian tikam melibatkan seorang pelajar.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan, suspek yang dipercayai menikam seorang pelajar sekolah menengah di Banting sekitar pukul 9.30 hingga 10 pagi tadi, sudah pun ditahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN