Keputusan pilihan raya AS tidak penting buat Iran

Keputusan pilihan raya AS tidak penting buat Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menganggap keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) tidak penting buat negara itu, ketika ketegangan dengan Washington semakin memuncak berikutan sokongan terhadap Israel.

Pemilihan semula Donald Trump ke Rumah Putih bermakna penguatkuasaan lebih ketat terhadap sekatan minyak AS terhadap Iran, yang dimulakan sejak 2018. 

Malah, pentadbiran Presiden AS, Joe Biden memberi sokongan kuat kepada Israel dalam peperangan menentang Hamas di Gaza dan Hezbollah di Lubnan, serta tindakan rejim terhadap Iran.

“Bagi kami, tidak penting siapa yang menang dalam pilihan raya AS, kerana negara dan sistem kami bergantung pada kekuatan dalaman serta bangsa yang hebat dan terhormat.

“Kami tidak akan berfikiran sempit dalam membangun hubungan negara lain, kerana hubungan dengan negara Islam dan jiran adalah keutamaan,” kata Pezeshkian dalam komen pertamanya mengenai kemenangan Trump. 

Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang berkuasa mutlak dalam hal ehwal negara, melarang sebarang perbincangan dengan AS.

Sebelum ini, Jurucakap Kerajaan Iran merendahkan kepentingan pilihan raya AS, manakala, komander Pengawal Revolusi menyuarakan kesediaan untuk berdepan konfrontasi.

Kebimbangan utama pemimpin Iran adalah kemungkinan Trump memberi kuasa kepada Netanyahu untuk menyerang tapak nuklearnya, melakukan pembunuhan dan mengenakan semula dasar tekanan maksimum dengan meningkatkan sekatan terhadap industri minyak negara.

Namun, sesetengah pihak beranggapan Trump akan berhati-hati mengenai kemungkinan perang.

Pada 2018, pentadbiran Trump menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran 2015 dengan enam kuasa dunia dan mengenakan sekatan terhadap Iran, menyebabkan Teheran melanggar had nuklear ditetapkan dalam perjanjian itu.

Sekatan antarabangsa terhadap program nuklear Teheran memaksa Iran untuk mencapai perjanjian 2015, serta bersetuju mengekang program nuklearnya sebagai pertukaran menghapuskan langkah hukuman.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN