KUALA LANGAT: Situasi dekat sebuah sekolah menengah di Banting di sini, hari ini gempar apabila berlaku kejadian tikam melibatkan seorang pelajar.
Ketua Polis Daerah Banting, Superitendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, beliau mengesahkan kejadian tersebut, namun memaklumkan pelajar terbabit dilaporkan stabil.
“Ya kejadian berlaku, nanti saya keluarkan kenyataan awal untuk pengesahan. Mangsa stabil,” katanya ringkas kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu, tular insiden sekumpulan pelajar lari bertempiaran apabila seorang wanita dipercayai pelajar sekolah terbabit memegang pisau melalui sebuah kawasan di dalam sekolah berkenaan. – UTUSAN










