NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) menyifatkan penghantaran tentera oleh Korea Utara (DPRK) bagi menyokong Russia dalam perang di Ukraine merupakan satu perkembangan yang berbahaya. Duta Besar Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Robert Wood berkata, pihaknya menerima laporan DPRK telah menghantar pasukan dan sedang bersiap sedia untuk menghantar lebih ramai lagi tentera ke Ukraine untuk berperang bersama Rusia. “Jika benar, ini adalah satu perkembangan yang berbahaya dan amat membimbangkan…










