Riyadh laksana pembedahan jantung robotik pertama dunia

Riyadh berjaya laksana pembedahan pemindahan jantung robotik pertama dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Hospital Pakar Raja Faisal berjaya melaksanakan pembedahan pemindahan jantung robotik pertama dunia, lapor Saudi Press Agency (SPA). 

Pembedahan selama dua jam setengah itu melibatkan seorang pesakit berusia 16 tahun yang mengalami kegagalan jantung tahap akhir.

Ia dilaksanakan sekumpulan doktor diketuai Pakar Jantung, Dr. Feras Khaliel dan Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembedahan Robotik dan Minimal Invasif (KFSHRC), Dr. Majid Al-Fayyad selepas beberapa minggu persediaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut SPA, proses itu dimulakan dengan perancangan teori yang terperinci untuk memastikan ketepatan dan meminimumkan risiko yang mungkin timbul sepanjang pembedahan.

Bagi memastikan keberkesanan pembedahan, pasukan tersebut menjalankan latihan secara maya sebanyak tujuh kali selama tiga hari sebelum melaksanakan pemindahan jantung sebenar.

Dr. Majid berkata, kejayaan pembedahan itu memperlihatkan satu lagi kemajuan besar dalam pembedahan pemindahan jantung yang pertama kali dilakukan pada tahun 1960-an.

“Pencapaian ini merupakan lonjakan transformasi bukan sahaja untuk institusi kami, tetapi juga untuk Arab Saudi ke arah memajukan industri perubatan khusus.

“Ia selaras dengan Wawasan Saudi 2030, yang meletakkan inovasi sebagai teras usaha untuk meningkatkan kualiti hidup,” katanya.

Tambah beliau, kejayaan itu tidak mungkin dicapai tanpa sokongan daripada kepemimpinan Saudi, yang memberi tumpuan kepada pembangunan sektor penjagaan kesihatan.

Teknologi robotik membolehkan pembedahan dilakukan dengan potongan atau gangguan yang sangat kecil pada badan, memendekkan tempoh pemulihan dan meminimumkan risiko komplikasi kepada pesakit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini