PETALING JAYA: Penganalisis sukan negara, Datuk Dr. Pekan Ramli menggesa supaya penswastaan kelab dalam Liga Malaysia (Liga M) dikaji semula. Menurutnya, model penswastaan yang dilaksanakan kini tidak membawa perubahan positif yang diharapkan dan sering kali menyebabkan masalah kewangan yang serius kepada pasukan-pasukan tempatan. “Penswastaan kelab mungkin dilihat sebagai penyelesaian untuk masalah kewangan tetapi kenyataannya, banyak pasukan masih menghadapi cabaran kewangan yang berterusan. “Ini menunjukkan bahawa model penswastaan perlu dinilai semula…










