Insiden tembakan AS: Remaja 14 tahun berdepan tuduhan bunuh

Insiden tembakan AS: Remaja 14 tahun berdepan tuduhan membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGIA: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berdepan pertuduhan membunuh selepas empat orang terbunuh dan sembilan lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah sekolah menengah di Georgia, Amerika Syarikat (AS).

Biro Penyiasatan Georgia (GBI) memaklumkan sebanyak dua pelajar dan guru terkorban dalam serangan pada Rabu di Sekolah Menengah Apalachee, Winder, Barrow County.

Pelajar sekolah tersebut, Colt Gray, Berjaya diberkas oleh dua pegawai keselamatan berdekatan kampus dan akan dibicarakan sebagai orang dewasa di mahkamah, kata seorang pegawai.

Pihak berkuasa mula menerima laporan mengenai insiden tembakan di sekolah yang mempunyai kira-kira 1,900 pelajar itu sekitar pukul 10:20 pagi waktu tempatan.

Difahamkan FBI pernah menemu bual suspek pada tahun lalu, selepas menerima laporan tanpa nama mengenai ancaman dalam talian untuk melakukan tembakan di sekolah, namun tiada tindakan penangkapan dilakukan pada masa itu.

Suspek, yang ketika itu berusia 13 tahun menafikan membuat ancaman dalam talian dan pihak berkuasa memaklumkan sekolah tempatan untuk memantau suspek secara berterusan.

Ketua polis daerah Barrow County, Jud Smith berkata, suspek disoal siasat oleh pasukan penyiasat selepas ditahan.

“Ini akan mengambil masa beberapa hari untuk kita mendapatkan jawapan mengenai apa yang berlaku dan mengapa ia berlaku,” katanya kepada pemberita dalam sidang media.

Sementara itu, Gabenor Georgia, Brian Kemp dalam laman X berkata, beliau mendoakan keselamatan mereka yang berada di bilik darjah dan beliau telah mengarahkan semua sumber negeri yang ada untuk membantu.

Sementara itu, Naib Presiden, Kamala Harris dalam kempennya di New Hampshire menyifatkan insiden tembakan itu sebagai ‘tragedi yang tidak masuk akal’, manakala calon Presiden Republikan, Donald Trump, menulis di platform media sosialnya, Truth Social berkata, serangan ini merupakan satu insiden yang sangat memalukan dan menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap pelaku. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN