Sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup esok akibat jerebu

Sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup esok akibat jerebu

GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup esok susulan situasi jerebu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, penutupan turut melibatkan sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat dan PPD Sepang di Selangor.

Katanya, turut terkesan beberapa sekolah di bawah PPD Kuantan, PPD Pekan dan PPD Rompin di Pahang; PPD Tawau di Sabah serta PPD Serian, PPD Sri Aman dan PPD Lubok Antu di Sarawak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepanjang tempoh itu, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan, manakala guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) dibenarkan bekerja dari rumah (BDR).

“Sekolah di semua negeri dan daerah lain beroperasi seperti biasa,” katanya dalam kenyataan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini