ANKARA: Turkiye menggesa rakyatnya di Lubnan untuk meninggalkan negara itu jika tiada keperluan untuk terus berada di sana atas faktor keselamatan. Ketegangan memuncak sejak pembunuhan pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh di Teheran, Iran pada Rabu lepas, sehari selepas serangan Israel di Beirut yang membunuh komander tertinggi Hezbollah, Fuad Shukr. Kementerian Luar Turkiye dalam kenyataan, menasihatkan rakyatnya supaya berhati-hati dan mengelak daripada melakukan perjalanan ke Nebatiyeh, Lubnan Selatan, Bekaa dan wilayah…