Shaw ‘kecundang’ lagi

Shaw ‘kecundang’ lagi

LUKE Shaw sekali lagi 'dihantui' dengan kecederaan menjelang kempen Liga Perdana Inggeris (EPL). - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertahanan Manchester United, Luke Shaw bergelut dengan kecederaan baharu dan bakal terlepas tiga perlawanan pertama musim ini.

Menurut kenyataan United, bek kiri England itu mengalami kecederaan betis memaksa United untuk merehatkannya hingga tugasan antarabangsa bulan depan.

“Shaw akan terlepas perlawanan pembukaan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) berikutan kecederaan betis yang dialaminya pada permulaan latihan pramusim.

“Dia (Shaw) bekerja keras dalam proses pemulihan dengan harapan untuk kembali selepas rehat tugasan antarabangsa,” kata United dalam satu kenyataan.

Shaw bakal terlepas aksi EPL di laman sendiri menentang Fulham dan Liverpool selain kunjungan mereka ke Brighton.

Pemain berusia 29 tahun itu kini dalam dilema bagi perlawanan England dalam Liga Negara-negara menentang Republik Ireland dan Finland bulan depan yang mana bersama kendalian bos sementara, Lee Carsley.

Ketika Euro 2024, Shaw yang berada dalam skuad England turut bergelut dengan kecederaan hamstring dan tidak dapat beraksi sehingga perlawanan suku akhir menentang Switzerland.

Beliau hanya tampil pada kesebelasan utama pada aksi akhir yang mana England tewas kepada Sepanyol 2-1 sekali gus melanjutkan kemarau 58 tahun dalam merangkul gelaran kejohanan utama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN