Rusuhan UK: 483 ditahan, 149 dihadapkan ke mahkamah

Rusuhan UK: 483 ditahan, 149 dihadapkan ke mahkamah

SEORANG penunjuk perasaan bertopeng membaling tin arak ke arah polis rusuhan di Bristol, pada 3 Ogos lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebanyak 483 perusuh ditahan manakala 149 individu lagi didakwa sepanjang rusuhan perkauman yang berlaku di United Kingdom (UK), menurut Majlis Ketua Polis Negara (NPCC) semalam.

Memetik laporan agensi berita Anadolu, NPCC memaklumkan, jumlah pesalah yang dihukum di bawah undang-undang negara itu juga meningkat manakala banyak suspek sedang direman sementara menanti dituduh di mahkamah.

Kenyataan NPCC memaklumkan, ribuan polis telah dikerahkan di seluruh negara dan mengenalpasti 36 penganjuran perhimpunan berlangsung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jumlah sebenar anggota polis cedera adalah 104 orang, dengan kebanyakkan dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan,” kata NPCC dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Pengarah Pendakwaan, Stephen Parkinson berkata, hampir setiap jam pertuduhan dibuat pihaknya dan hukuman penjara yang setimpal telah dijatuhkan dan keadilan terus dilaksanakan selepas tempoh yang amat sukar bagi negara.

Rusuhan di beberapa bandar Britain yang berlaku sejak kelmarin sehingga mencederakan polis dan kerosakan harta benda awam disifatkan paling besar sejak 13 tahun yang berpunca daripada kejadian pembunuhan tiga gadis di barat laut England, hujung Julai lalu.

Suspek, Axel Rudakubana yang didakwa atas beberapa tuduhan membunuh dan cubaan membunuh berhubung serangan di kelas tarian bertemakan Taylor Swift.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini