RM1 juta bina kemudahan awam Pantai Ban Pecah

RM1 juta bina kemudahan awam Pantai Ban Pecah

KAWASAN pejalan kaki untuk pengunjung menikmati pemandang indah di Pantai Ban Pecah, Parit Buntar, Perak. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Sebanyak RM1 juta diperuntukan bagi pembinaan kemudahan awam untuk keselesaan pengunjung di kawasan rekreasi popular di Pantai Ban Pecah di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Peru­mahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching ber­kata, antaranya ialah pembi­naan 11 kiosk perniagaan di se­panjang pantai tersebut yang ki­ni sudah siap pembinaannya.

Menurutnya, kiosk perniaga­an itu dibina lebih tersusun dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan bekalan air serta ruang pejalan kaki untuk pengunjung.

“Kiosk di pantai ini berkonsep beli bungkus, bukannya bermeja kerusi. Kita harap peniaga faham konsep ini dan tidak me­letakkan meja dan kerusi di sekitar pusat penjaja agar tidak menghalang laluan pejalan kaki.

“Selain surau dan tandas awam, Majlis Daerah Kerian turut membina dataran bersaiz sederhana untuk kemudahan bagi sebarang penganjuran acara atau aktiviti yang akan diadakan di kawasan pantai ini.

“Walaupun infrastruktur di­bangunkan di kawasan berhampiran pantai namun pemuliharaan di kawasan sekitarnya tetap diutamakan termasuk me­mastikan benteng penahan ombak sentiasa berada dalam keadaan baik bagi menghalang hakisan pantai,” katanya ketika melawat pantai tersebut di sini kelmarin.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian, Helmi Yusof@ Jusoh berkata, pihaknya merancang untuk membangunkan lebih banyak infrastruktur di kawasan itu untuk kemudahan pengunjung yang beriadah di situ.

Katanya, antaranya ranca­ngan untuk mendirikan beberapa struktur yang menarik untuk pengunjung berswafoto dan merakam keindahan di pantai itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN