Syarikat dicadang Muhyiddin gagal penilaian MOF

Syarikat dicadang Muhyiddin gagal penilaian MOF

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Salah sebuah syarikat kontraktor yang dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal penilaian pertama oleh Bahagian Perolehan Kerajaan (BPK), Kementerian Kewangan.

KESB merupakan salah sebuah syarikat daripada cadangan 54 kontraktor yang diberikan oleh Muhyiddin kepada bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz bagi Pelaksanaan 54 Projek Di Bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (JanaWibawa) Secara Rundingan Terus (Reka & Bina).

Ekoran kegagalan itu, syarikat kejuruteraan dan pembinaan, KCJ Engineering Sdn. Bhd. (KESB) tidak disyorkan untuk Projek Membina Jalan Baru Menyambung Felda Bukit Jalor Ke Gemas, Negeri Sembilan bernilai RM100 juta.

Bagaimanapun, pada 3 Februari 2021, Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah mengemukakan maklumat tambahan berkaitan KESB melalui surat.

“Susulan arahan yang dikeluarkan melalui memorandum Pejabat Menteri Kewangan bertarikh 4 Februari 2021, satu penilaian kali kedua telah dijalankan berdasarkan maklumat terkini yang dikemukakan kepada Kementerian Kewangan bersama-sama profil syarikat serta maklumat kerja dalam tangan yang telah dikemukakan semasa penilaian pertama.

“Penilaian kedua tersebut dijalankan kerana syarikat berkenaan telah gagal memenuhi syarat kelayakan semasa penilaian pertama dan maklumat tambahan yang baharu telah dikemukakan untuk pertimbangan lanjut oleh pihak yang bertanggungjawab membuat penilaian.

“Syarikat KESB kemudiannya telah lulus dalam penilaian kali kedua dan disyorkan bagi projek tersebut berdasarkan keputusan Jawatankuasa Penilaian Kontraktor Program Janawibawa yang telah bermesyuarat pada 26 Februari 2021.

“Sebagaimana kelulusan ini, jika syarikat KCJ Engineering Sdn Bhd berjaya menyiapkan projek ini sepertimana kontrak, syarikat ini akan menerima bayaran tuntutan daripada pihak JKR berjumlah RM62 juta,”kata Tengku Zafrul.

Beliau masih lagi membaca penyata saksinya selaku saksi pendakwaan ke-11 dalam dalam perbicaraan kes Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md. Yasin,79, yang didakwa atas tujuh pertuduhan membabitkan empat tuduhan salah guna kedudukan untuk suapan RM225.3 juta dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM200 juta.-UTUSAN

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN