Piala FA belum tentu jadi milik JDT

Piala FA belum tentu jadi milik JDT

SAFUWAN dan Junior memegang Piala FA dalam sidang akbar pra perlawanan akhir Piala FA di Stadium nasional Bukit Jalil, semalam.-GAMBAR: SHIDDIEQIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selangor FC (SFC) menyedari Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan pasukan ‘sempurna’ dan menjadi pilihan menjelang perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Berdasarkan status lawannya itu, skuad Gergasi Merah lebih selesa turun sebagai pasukan bukan pilihan namun berjanji akan memberi segalanya dalam perlawanan itu untuk memastikan penyokong Selangor tidak pulang dengan rasa kesal hadir ke stadium memberi sokongan.

Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil berkata para pemainnya sudah bersedia untuk memberikan sepenuh tenaga dalam usaha menamatkan penantian sembilan tahun tanpa trofi domestik.

Namun secara realistik, Nidzam akui pasukan Harimau Selatan adalah pilihan utama memandangkan rekod mereka dalam arena bola sepak tempatan sejak 10 tahun terakhir cukup cemerlang dengan pelbagai sejarah dicatat.

“Saya setuju jika katakan kami sebagai underdog pada perlawanan final kali ini. Jika bandingkan kedua-dua pasukan sejak 10 tahun terakhir agak berbeza.

“Selangor dalam fasa mengejar impian serta pengiktirafan dan final ini menjadi bukti kesungguhan pasukan ke arah tersebut.

“Cuma, suka saya ingatkan dalam mana-mana perlawanan terutama final apa sahaja boleh berlaku dan saya anggap peluang masih 50-50 buat kedua-dua pasukan.

“Kita akan harungi 90 minit dengan positif dan buat masa ini hanya beberapa langkah sahaja yang pisahkan pasukan dengan piala,” katanya pada sidang media semalam.

Sementara itu, kapten pasukan Merah Kuning, Safuwan Baharudin mengharap cuaca hujan sebelum perlawanan bagi memberi sedikit kelebihan kepada Selangor untuk beraksi dengan corak permainan yang diharapkan.

“Keadaan cuaca adalah sesuatu di luar kawalan tetapi saya harap hujan berlaku sebelum perlawanan agar permukaan rumput lebih basah dan memudahkan pasukan untuk membuat hantaran.

“Secara keseluruhan, keadaan padang agak baik dan harap kita dapat meraih keputusan positif nanti,” kata pemain kelahiran Singapura berusia 33 tahun itu.

Selangor sudah lama tidak menjuarai Piala FA dengan kali terakhir mereka menjulang trofi itu 15 tahun lalu selepas menundukkan Kelantan menerusi penentuan penalti pada final 2009 sekali gus boleh dikatakan mereka sangat ‘dahaga’ kejuaraan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN