PARIS: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Telegram, Pavel Durov berdepan pelbagai tuduhan di Mahkamah Perancis kerana membenarkan pelbagai aktiviti jenayah berleluasa di aplikasi mesej tersebut. Pejabat pendakwa Paris dalam satu kenyataan memaklumkan, antara dakwaan dikemukakan terhadap Durov adalah kegagalan berkomunikasi dengan pihak berkuasa, bersubahat dalam kes berkaitan bahan penyalahgunaan seksual kanak-kanak dan penyeludupan dadah, serta melaksanakan teknologi penyulitan tanpa pengisytiharan yang betul. Menurut pendakwaan, salah satu pertuduhan iaitu bersubahat membenarkan…










