Obesiti di Malaysia: Ancaman sering diabaikan

Obesiti di Malaysia: Ancaman sering diabaikan

DR. Sharifah Faradila Wan Muhamad Hatta (kiri) ketika Perbincangan Masalah Obesiti dan Kardiovaskular di Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kini, semakin ramai dalam kalangan masyarakat kita yang tidak mengambil peduli tentang bahaya obesiti, seolah-olah isu ini hanyalah perkara remeh dalam kehidupan seharian.

Hakikatnya, obesiti bukan sekadar soal penampilan, tetapi ancaman senyap yang mampu menggugat kesihatan, kesejahteraan dan produktiviti masyarakat.

Tanpa kesedaran dan tindakan awal, kadar obesiti yang kian meningkat boleh membawa kepada pelbagai komplikasi serius yang memberi kesan jangka panjang kepada negara.

Perunding Endokrin, Diabetes dan Perubatan Dalaman KPJ Damansara Specialist Hospital 2, Dr. Sharifah Faradila Wan Muhamad Hatta berkata, lebih merisaukan negara Malaysia kini dilihat semakin berdepan dengan masalah obesiti akibat gaya hidup yang semakin tidak aktif.

“Sebagai contoh ramai yang menganggap aktiviti ringan seperti berjalan di dalam pusat beli-belah sudah memadai sebagai senaman, sedangkan ia tidak memberi impak signifikan terhadap kesihatan.

“Sikap memilih lif walaupun hanya perlu naik satu atau dua tingkat juga menjadi contoh bagaimana masyarakat cenderung mengelak aktiviti fizikal yang mudah,” kata beliau.

Lebih membimbangkan, alasan lazim seperti tiada masa untuk bersenam dan rutin sibuk bekerja, bagi mengelakkan mereka tidak menjalani pergerakan harian selebihnya.

“Hakikatnya, garis panduan kesihatan mencadangkan sekurang-kurangnya satu jam aktiviti fizikal setiap hari atau mencapai 10,000 langkah untuk memastikan tubuh kekal aktif.

“Tanpa komitmen yang betul,  usaha menurunkan berat badan atau mengekalkan kesihatan tidak akan berhasil,” katanya.

Malah kata beliau, salah satu punca penyumbang utama obesiti di negara ini, iaitu kemudahan mendapatkan makanan pada hampir setiap masa.

Katanya, kedai makan yang dibuka hingga lewat malam menjadikan amalan makan lewat malam sebagai kebiasaan, terutama bagi golongan muda .

Hal ini sekali gus, jelas melihat bahawa negara kita masih kurang prihatin terhadap kesan buruk  kedai makan dan restoran yang dibuka 24 jam terhadap kesihatan rakyat.

“Walaupun, kemudahan tersebut memudahkan hidup hidup rakyat, namun bahaya bagi mereka yang gemar makan tanpa mengira waktu,” katanya.

Selain itu, akses kepada makanan yang mudah dan cepat termasuk perkhidmatan penghantaran makanan menyebabkan ramai tidak lagi mengawal waktu makan mereka.

Jelasnya, tabiat tersebut ditambah pula dengan pilihan makanan tinggi kalori, garam dan gula, menyumbang kepada kenaikan berat badan tanpa disedari.

Kekangan untuk menyelesaikan obesiti

Sementara itu, beliau berkata, bagi mereka yang ingin mengubah cara kehidupan yang sihat dan memerlukan rawatan untuk merawat obesiti amatlah sukar terutama dari segi sokongan kewangan.

“Berbeza dengan penyakit lain, obesiti jarang mendapat subsidi besar daripada insurans mahupun bantuan kerajaan.

“ni menjadikan rawatan perubatan, konsultasi pemakanan, atau program senaman bersifat profesional lebih sukar diakses oleh mereka yang memerlukan,” katanya.

Selain itu, kos untuk mengikuti program pengurusan berat badan atau mendapatkan rawatan perubatan boleh menjadi tinggi, sekali gus mengehadkan usaha individu untuk menurunkan berat badan secara berkesan.

Beliau berkata,situasi tersebut turut menyebabkan pesakit obesiti mudah terpedaya dengan pelbagai produk atau pil ajaib  untuk kurus yang dijual secara komersial.

Walaupun janji penurunan berat badan cepat sering ditawarkan, kebanyakan produk ini tidak terbukti berkesan dan kadang-kadang memberi kesan sampingan kepada kesihatan. http://www.utusan.com.my

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN