Pahang naikkan insentif pemenang pingat emas SUKMA Ke-21

Pahang naikkan insentif pemenang pingat emas SUKMA Ke-21

SEBAHAGIAN 564 atlet Pahang yang akan menyertai SUKMA Sarawak, 17 Ogos ini. - IHSAN FB MSPAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Pahang bersetuju untuk menaikkan kadar insentif kepada pemenang pingat emas yang bertanding di Sukan Malaysia (Sukma) Ke-21 di Sarawak.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, insentif baharu itu akan menyaksikan pemenang emas bagi kategori individu akan menerima RM6,000 berbanding RM4,000 sebelum ini.

“Setiap pemenang pingat emas bagi atlet berkumpulan pula akan menerima RM2,000 setiap seorang, berbanding RM1,000 sebelum ini,” katanya.

Menurut beliau, peningkatan kadar insentif ini adalah sebagai penghargaan kepada komitmen dan usaha gigih atlet yang bersungguh-sungguh berlatih serta berkorban untuk meningkatkan imej negeri Pahang dan memajukan bidang sukan di negeri ini.

Wan Rosdy turut mengharapkan atlet Pahang dapat mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dalam menghadapi saingan Sukma Sarawak.

Pahang menyenaraikan 564 atlet, 123 jurulatih serta 46 pengurus bagi kejohanan kali ini di dan menyasarkan 40 pingat emas bagi menamatkan pasukan di kedudukan lima terbaik.

Untuk rekod, pada Sukma Kuala Lumpur 2022, kontinjen Pahang meraih 22 emas, 21 perak dan 27 gangsa untuk menduduki tempat kesembilan keseluruhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN