MSN ‘buka langkah’ selepas LTdL 2024

MSN ‘buka langkah’ selepas LTdL 2024

KETUA Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub (tengah atas) ketika merasmikan Kempen One Nation, One Team - Sports Uniting The Nation dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), dua minggu lalu. - IHSAN FB MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rancangan Majlis Sukan Negara (MSN) mahu mendekati dan membangunkan atlet berprestasi tinggi dalam sukan lasak akan dijalankan selepas perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 berakhir, Oktober ini.

Sukan ‘lasak’ atau baharu seperti papan selaju, memanjat dan luncur ombak menarik minat MSN bagi memperkuatkan jentera mengaut emas pada Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028.

Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub berkata langkah awal bakal diambil untuk mengadakan perbincangan bersama persatuan sukan yang terlibat.

“Bagi kami sedikit masa untuk merancang. Sekarang ini sedang sibuk dengan SUKMA dan Paralimpik.

“Berkemungkinan selepas LTdL kami akan memulakan perbincangan bersama kesemua persatuan sukan berkenaan,” kata Abdul Rashid.

LTdL menjadi acara seterusnya dibawah kendalian MSN dan tumpuan mereka akan teralih untuk mengkaji sukan baharu yang boleh disertai oleh kontinjen Malaysia di Olimpik seterusnya.

“Berdasarkan Olimpik Paris 2024, beberapa sukan baharu diperkenalkan dan sukan ini mampu menjadi penyumbang pingat kepada negara kita seperti Indonesia meraih emas dalam memanjat.

“Mungkin ini sesuai dengan rakyat Malaysia dan kita mahu lihat dari sudut itu. Sukan ini sudah bertapak di negara kita. Kita hanya perlu cari cara untuk memperkembangkan atlet ini dalam sukan-sukan ini,” jelasnya.

LTdL 2024 dijadualkan berlangsung pada 29 September hingga 6 Oktober ini yang merangkumi lapan peringkat perlumbaan di seluruh Malaysia sejauh 1227.22 kilometer (km) secara keseluruhan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×