Kanada keluar amaran elak perjalanan ke Israel - Utusan Malaysia

Kanada keluar amaran elak perjalanan ke Israel

HABIS PIX: KANADA mengeluarkan amaran elak perjalanan ke Israel.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Pihak berkuasa Kanada meminta rakyat negara itu untuk mengelakkan perjalanan ke Israel susulan ketegangan dan konflik di Asia Barat.

Memetik laporan agensi The Canadian Press, satu nasihat perjalanan telah dikeluarkan pihak hal ehwal luar negara itu semalam susulan peningkatan konflik bersenjata di Israel dan boleh menjejaskan orang ramai untuk meninggalkan negara itu dengan penerbangan komersial.

Sambil menambah, mereka tidak harus bergantung kepada kerajaan Kanada untuk membantu berpindah.

Selain itu, kenyataan menambah, warga Kanada dan penduduk tetap di Israel, Tebing Barat dan Gaza serta pasangan dan anak mereka harus memastikan dokumen perjalanan mereka dikemas kini sekiranya langkah proses pemindahan diperlukan segera.

Sebelum ini, pihak berkuasa negara itu sebelum mengeluarkan notis amaran ke Israel dan kawasan berhampiran ke tahap risiko tertinggi pada 12 April lalu.

Kanada mengeluarkan nasihat demikian untuk mengelakkan semua perjalanan yang tidak penting.

Ketegangan serantau telah meningkat sejak beberapa hari kebelakangan ini dengan pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Iran dan komander tertinggi Hizbullah Fouad Shukur di Lebanon.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN