TEHERAN: Iran telah melancarkan siasatan menyeluruh ke atas pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas dan bekas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh dengan menahan puluhan individu yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.
Laporan New York Times (NYT), pegawai perisikan kanan, pegawai tentera, dan pekerja kakitangan di rumah yang dikendalikan tentera di Tehran di mana Haniyeh dibunuh telah ditahan.
Kata media tersebut, Unit Perisikan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) telah mengambil alih siasatan, menurut sumber NYT.
Pembunuhan itu memberi tamparan kepada sistem keselamatan Iran di samping mendedahkan kelemahan teruk yang mudah dimasuki perisikan asing ke republik berkenaan sejurus selepas serangan mengejut itu.
Menurut Al Arabiya, penganalisis keselamatan menambah bahawa pembunuhan itu adalah mesej kepada Iran dan sekutunya serta kumpulan proksi bahawa mereka tidak terlepas jangkauan Israel bahkan boleh berlaku di Tehran.
Walaupun Israel tidak mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan Ismail manakala pegawai AS memberitahu bahawa mereka tidak terlibat, namun tentera Israel dipercayai di belakang pembunuhan itu.
Malah beberapa laporan termasuk dari Hamas dan media Iran, menyatakan Ismail terbunuh oleh serangan peluru berpandu.
Malah Laporan lain mencadangkan bahawa bom yang diseludup ke dalam kemudahan selamat menyebabkan kematiannya.-AGENSI










