Amanah, Bersatu belum bertemu bincang ‘khemah besar’

Amanah, Bersatu belum bertemu bincang ‘khemah besar’

MUHAMMAD Faiz Fadzil (tengah) bergambar bersama nelayan ketika menghadiri Program Majlis Rahmah Mesra MADANI Pengerusi LKIM Negeri Perak di Pejabat Penghulu Mukim Matang, Taiping hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG: Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum mengadakan sebarang pertemuan berhubung strategi ‘khemah besar’ meskipun masih ada ruang untuk kedua-dua parti mencapai muafakat.

Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil berkata, setakat ini belum ada pertemuan antara kedua-dua parti, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.

Bagaimanapun, katanya, Amanah telah menjemput pimpinan utama Bersatu untuk menghadiri konvensyen parti itu baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini belum ada sebarang pertemuan antara Amanah dan Bersatu, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi, berhubung strategi khemah besar.

“Bagaimanapun, kita masih membuka ruang untuk mencapai muafakat dan sebelum ini Amanah telah menjemput pimpinan utama Bersatu menghadiri konvensyen parti baru-baru ini,” katanya ditemui selepas menghadiri Program Majlis Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM Negeri Perak di Pejabat Penghulu Mukim Matang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Faiz berkata, Amanah bersedia bertanding di mana-mana kerusi yang ditetapkan PH pada pilihan raya akan datang.

Beliau mengulas ketika ditanya sama ada Amanah akan bertanding di kerusi yang disandang UMNO di Perak sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjalin kerjasama.

“Kita akan bertanding di mana sahaja kerusi yang diarahkan oleh Pakatan Harapan,” katanya.

Menurut Muhammad Faiz, Amanah akan bertanding atas tiket dan semangat PH tanpa mengira siapa lawannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini