Harga minyak mentah global naik - Utusan Malaysia

Harga minyak mentah global naik

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Harga minyak mentah meningkat hampir AS$1 (RM4.45) hari ini apabila kebimbangan berhubung konflik di Asia Barat yang semakin memuncak boleh menjejaskan bekalan bahan bakar di seluruh dunia.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik AS$1.25 atau 1.6 peratus kepada AS$77.55 setong, manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS meningkat AS$1.35 atau 1.9 peratus kepada AS$74.29.

Reuters melaporkan, kedua-dua penanda aras tersebut jatuh sekitar 1 peratus semalam berikutan penurunan pasaran saham global.

Penurunan harga minyak itu disebabkan kebimbangan tindak balas Iran terhadap pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Teheran yang mungkin membawa kepada perang yang lebih teruk di Asia Barat.

“Kebimbangan yang meningkat tentang konflik yang semakin memuncak di Asia Barat telah mendorong pembelian baharu.

“Harga minyak akan naik jika konflik semakin memburuk, tetapi jika ia dapat dikawal dalam jangka pendek kenaikan harga adalah terhad,” kata Presiden NS Trading, sebuah unit Nissan Securities, Hiroyuki Kikukawa.

Israel dan AS sedang bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan perang selepas Iran dan sekutunya, Hamas dan Hezbollah, berikrar untuk membalas dendam terhadap rejim Zionis berikutan pembunuhan Haniyeh dan seorang komander tentera Hezbollah, Fuad Shukr minggu lalu.

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian memberitahu agensi media tempatan semalam, Teheran sedia memperluas hubungan dengan rakan strategiknya, Presiden Russia, Vladimir Putin. -REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN