Dua warga emas jatuh dalam lubang benam di Seoul

Dua warga emas jatuh dalam lubang benam di Seoul

LUBANG yang muncul di tengah jalan berdekatan Daerah Seodaemun, barat Seoul, pada Khamis.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Dua orang warga emas cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam lubang yang muncul di tengah jalan berdekatan Daerah Seodaemun, barat Seoul, pada Khamis.

Menurut laporan media tempatan, lubang tersebut muncul di tengah jalan sehingga menyebabkan kereta yang dinaiki mereka terbalik dan jatuh ke dalam lubang tersebut. 

Mangsa terdiri daripada seorang wanita berusia 70-an dan lelaki berusia 80-an yang segera dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut, menurut The Korea Herald.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejadian tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk, dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menentukan punca kejadian. 

Pasukan penyelamat telah menutup akses ke kawasan kejadian bagi memastikan keselamatan orang awam. 

Sejak kebelakangan ini lubang benam menjadi perhatian orang ramai selepas seorang pelancong warga India berusia 48 tahun jatuh ke dalam lubang di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Pelancong tersebut, Vijayaletchumy dilaporkan hilang ketika beliau sedang melalui jalan di kawasan Jalan Masjid India sebelum terjatuh ke dalam lubang benam itu.

Satu lagi lubang benam dilaporkan muncul di kawasan yang sama pada Rabu, sehingga menyebabkan pihak berkuasa Malaysia menutup Jalan Masjid India. 

Orang ramai tidak dibenarkan melalui kawasan sepanjang 400 meter di Kuala Lumpur itu, namun laluan pejalan kaki masih dibuka dan pihak berkuasa tidak memberi petunjuk bila jalan tersebut akan dibuka semula.

Pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terhadap sistem pembetungan sepanjang Jalan Masjid India selepas kejadian lubang benam kedua yang muncul di jalan tersebut dalam tempoh lima hari.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini