Terus sokong Harimau Malaya- Zamri

Terus sokong Harimau Malaya- Zamri

PAU Marti Vicente (kanan) merupakan pembantu Kim Pan Gon dalam skuad kebangsaan sebelum ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua pihak diseru untuk terus memberikan sokongan penuh terhadap skuad Harimau Malaya biarpun ia kini tidak lagi dikendalikan oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon yang meletakkan jawatannya itu, minggu lalu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Zamri Ibrahim berkata, peletakan jawatan seseorang jurulatih itu perkara normal dalam bola sepak dan adalah tidak wajar untuk menyalahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dengan apa yang berlaku itu.

“PFA menganggap bahawa peletakan jawatan Pan Gon adalah perkara biasa dalam era bola sepak profesional.

“Melihat pada pengumuman yang dibuat oleh Pan Gon, jurulatih itu jelas meletak jawatan atas keputusan peribadi iaitu dalam erti kata lain bukanlah dari tekanan mana-mana pihak.

“Oleh yang demikian, PFA berpendapat persetujuan bersama pun dipersetujui oleh FAM dan Pan Gon, merujuk kepada tiada tuntutan pampasan antara kedua pihak biarpun kontrak masih berbaki sehingga Disember 2025,” kata Zamri.

Selain itu, Zamri turut mengajak penyokong bola sepak negara untuk terus memberikan sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya yang akan beraksi di Pestabola Merdeka 2024 pada September ini di bawah kendalian pemangku ketua jurulatih kebangsaan, Pau Marti Vicente. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN