PRN Johor: Lapan kertas siasatan dibuka, situasi keselamatan kekal terkawal - Utusan Malaysia

PRN Johor: Lapan kertas siasatan dibuka, situasi keselamatan kekal terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor membuka lapan kertas siasatan berhubung pelbagai kesalahan berkaitan pilihan raya sepanjang tempoh enam hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 bermula 27 Jun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, daripada jumlah itu, sebanyak lima kertas siasatan dibuka bagi tempoh antara 29 Jun hingga semalam.

Beliau berkata, satu kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api dan dua lagi kes disiasat mengikut Seksyen 426 kanun sama kerana melakukan khianat.

“Terdapat dua kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat sehingga menyebabkan kerugian harta benda.

“Secara keseluruhan, situasi keselamatan di seluruh negeri sepanjang proses pilihan raya ini berlangsung berada dalam keadaan aman dan terkawal,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Ab. Rahaman, pihaknya turut menerima sebanyak 2,037 permohonan permit secara kumulatif bagi tempoh 27 Jun lalu sehingga semalam, namun hanya 1,849 permohonan diluluskan selepas memenuhi syarat ditetapkan.

“Bagi tempoh 29 Jun hingga semalam sahaja, sebanyak 1,435 permohonan permit diluluskan daripada keseluruhan 1,617 permohonan yang diterima.

“Dalam tempoh sama, sebanyak 1,155 aktiviti politik telah berlangsung dan dipantau rapat oleh pihak polis bagi memastikan program berjalan teratur tanpa menjejaskan keselamatan awam,” katanya.

Menurutnya, pihak polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas, adil serta berintegriti terhadap mana-mana pihak yang dikesan melanggar undang-undang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN