Pertuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dihidupkan semula terhadap 6 bekas penuntut UPNM - Utusan Malaysia

Pertuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dihidupkan semula terhadap 6 bekas penuntut UPNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan sebentar tadi mengembalikan semula Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali. Kesemuanya kini berusia 28 tahun.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pendakwa raya untuk menghidupkan semula seksyen berkenaan.

Beliau yang bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang meminda pertuduhan daripada Seksyen 302 kepada Seksyen 304(a) kerana menyebabkan kematian Zulfarhan.

Hakim Hadhariah masih membaca keputusan pada prosiding yang bermula pukul 9.14 pagi.

Berita selanjutnya menyusul ….

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN