Keluarga dakwa anak jadi mangsa buli, trauma

Keluarga dakwa anak jadi mangsa buli, trauma

NORASIKIN Hasin dan Muhamad Abdul Hadi Mohd Fauzi menunjukkan lakaran lukisan ditemukan dalam diari anaknya yang didakwa menjadi mangsa buli di kediamannya di Chuping, Padang Besar, Perlis, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Pasangan suami isteri dari Chuping, di sini mendakwa anak sulung mereka berusia 12 tahun menjadi mangsa buli fizikal dan mental di sekolah, sekali gus memberi kesan trauma yang mendalam.

Norasikin Hasin, 32, dan Muhamad Abdul Hadi Mohd. Fauzi, 32, mendakwa, kejadian itu berlaku pada Februari lalu apabila anak perempuannya me­ngadu sakit belakang selepas pulang dari asrama sebuah sekolah di sini.

Menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian, Norasikin berkata, pada peringkat awal, dia bersama suami hanya menyangka anak yang mesra disapa kakak, mengalami sakit biasa, namun mulai curiga apabila mendapati kanak-kanak tersebut lebih banyak menghabiskan masa tidur secara berlebihan berbanding kebiasaan.

“Dalam tempoh tiga hari sebelum saya bawa dia (anak) ke hospital, kakak tidur dari pukul 2 petang hingga 1 pagi keesokan hari. Saya cuba kejutkan kakak untuk mandi dan makan, tetapi dia menolak dengan ia berlarutan beberapa hari.

“Pada 16 Februari, semasa kami menziarahi saudara, barulah saya perasan terdapat kesan lebam pada tubuhnya dan dilihat sering menahan sakit di bahagian belakang badan. Sejurus menyedari keadaan itu, saya bersama suami meminta kakak menceritakan perkara sebenar.

“Kakak akhirnya mendedah dan mendakwa sering dibuli oleh tiga rakan sekelas yang sering memaksa menyiap­kan kerja sekolah. Sebelum ini, kumpulan kanak-kanak berkenaan difahamkan hanya membuli kakak secara mental antaranya dengan memulau, menghasut rakan-rakan lain supaya tidak berkawan dan kemuncak apabila seorang dari mereka bertindak menarik kerusi kakak ketika mahu duduk.

“Hasil ujian sinar-X di hospital, doktor mendapati tulang belakang anak saya sedikit lari daripada kedudukan asal. Sejak 22 Februari hingga awal Mac lalu, kakak ditahan di wad. Dia turut disahkan menghidap Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) selain didiagnos mengalami masalah sistem saraf (Functional Neurological Disorder (FND) oleh pakar neurologi,” katanya ditemui di kediamannya di sini, semalam.

Kata suri rumah itu, kesan trauma akibat buli itu turut mengubah kehidupan anaknya daripada seorang berperwatakan ceria kini hanya sering menyendiri selain meracau, halusinasi serta bergantung kepada ubat penenang setiap hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN