ALOR SETAR: Meskipun tampil konsisten dalam beberapa perlawanan terakhir, ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak tetap merendah diri dengan menyifatkan pasukannya sebagai ‘underdog’ untuk menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), esok. Menurut pengendali kelahiran Singapura itu, Sang Kenari memiliki kelebihan dalam segala sudut terutamanya daripada aspek keserasian pemain. Sedangkan katanya, Kuching City FC pada musim ini dibarisi 80 peratus pemain baharu dan masih dalam fasa membentuk keserasian.…