Khairy sesuai lawan Rafizi di Parlimen Pandan

Khairy sesuai lawan Rafizi di Parlimen Pandan

KHAIRY JAMALUDDIN dan RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cadangan agar Khairy Jamaluddin bertanding di Parlimen Pandan menentang Datuk Seri Rafizi Ramli disifatkan bukan sekadar retorik politik, sebaliknya peluang untuk memperkukuh kualiti demokrasi negara.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamallulail berkata, Parlimen Pandan sebelum ini dikenali sebagai kawasan yang sarat dengan perbahasan dasar khususnya berkaitan ekonomi dan agenda reformasi.

Katanya, kehadiran bekas menteri seperti Khairy sebagai pencabar berprofil tinggi akan mewujudkan pertandingan idea yang lebih seimbang dan matang.

“Rafizi dikenali dengan pendekatan analitikal dan naratif reformasi ekonomi, manakala Khairy pula mempunyai pengalaman pentadbiran serta keupayaan komunikasi dasar yang kuat.

“Pertembungan ini akan membuka ruang kepada rakyat untuk menilai dua pendekatan kepimpinan yang berbeza, bukan sekadar populariti tetapi keupayaan sebenar dalam mengurus negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Rosli berkata, dalam konteks sama, pertandingan antara dua tokoh itu boleh dianggap sebagai ‘buku bertemu ruas’ kerana ia merupakan persaingan sihat yang mampu mengangkat standard politik negara ke tahap lebih tinggi.

“Akhirnya, rakyat di Pandan akan menjadi penentu. Mereka bukan sahaja memilih wakil rakyat, tetapi juga menentukan arah perbahasan dasar negara sama ada meneruskan pendekatan sedia ada atau memberi peluang kepada alternatif yang diyakini lebih berkesan,” katanya.

Sementara itu, Rafizi menerusi podcastnya Yang Berhenti Menteri malam tadi menjangkakan akan berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pandan sekiranya beliau dipecat daripada parti.

Bagaimanapun, Rafizi menegaskan akan mempertahankan kerusi berkenaan dan menjangka PKR akan meletakkan bekas menteri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan bukannya Khairy. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN