Penempatan haram dibina Israel cubaan ubah komposisi demografi Palestin

Penempatan haram dibina Israel cubaan ubah komposisi demografi Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan rejim Zionis Israel meluluskan pembinaan 34 penempaan haram baharu di Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT) dilihat sebagai cubaan untuk mengubah komposisi demografi Wilayah Palestin.

Kementerian Luar berkata, peluasan penempatan secara berterusan itu merupakan pencabulan nyata terhadap undang-undang antarabangsa serta resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) khususnya Konvensyen Geneva Keempat dan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2334 (2016).

Katanya, tindakan berkenaan turut melanggar ketetapan antarabangsa serta mencerminkan usaha berterusan untuk mengukuhkan pendudukan secara tidak sah di wilayah berkenaan.

“Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel yang meluluskan pembinaan 34 penempatan haram baharu di Wilayah Palestin yang Diduduki.

“Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan PBB supaya bertindak tegas bagi memastikan rejim Israel mematuhi undang-undang antarabangsa.

“Komitmen Malaysia yang tidak berbelah bahagi serta mengulangi seruan bagi penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN