Busana 'The Malaya' oleh Rizman Ruzaimi diperagakan kontinjen Malaysia di Paris

Busana ‘The Malaya’ oleh Rizman Ruzaimi diperagakan kontinjen Malaysia di Paris

BUSANA yang digayakan oleh kontinjen Malaysia pada acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024, awal pagi ini. - IHSAN FB MOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kontinjen Malaysia akan memperagakan busana oleh pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini yang dinamakan ‘The Malaya’ pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024, awal pagi esok.

Menerusi laman sosial Facebook Majlis Olimpik Malaysia (MOM), pakaian atlet wanita akan menampilkan Baju Kurung bercorak songket dengan kelubung manakala Baju Melayu Teluk Belanga untuk atlet lelaki.

“Rizman telah dijemput oleh MOM pada Januari lalu untuk menyertai Malam Olimpik 2024 di sekitar ibu negara. Pereka tempatan itu diberi peluang untuk mempamerkan visi mereka tentang pakaian yang akan dipakai oleh atlet kita pada majlis perasmian Sukan Olimpik ke-33 di Paris.

“Sejak itu, Rizman berkerja keras menghasilkan pakaian tradisional yang dinamakan ‘The Malaya’, menggambarkan visi yang diterjemahkan kepada apa dilihat hari ini dan apa yang dunia akan saksikan pada 26 Julai sebagai atlet kami #GoForGold,” kata MOM dalam laman sosial Facebook.

Selain Rizman, Rizman Nordin yang juga pereka fesyen itu berkata teluk belanga dari Johor itu menjadi pilihan sebagai tanda junjungan kasih buat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,

Selain itu koleksi ini juga didedikasikan dari Rizman Ruzaini kepada perwira negara seperti Datuk Maharaja Lela, Dol Said, Yantuan Amtah, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mak Kilau dan Tuanku Abdul Rahman.

“Kami memilih skim warna hijau zaitun dengan motif keemasan kerana warna ini memberikan satu aura klasik dan di bawah pantulan cahaya ia akan memancarkan efek keemasan, simbolik harapan untuk atlet kita membawa pulang pingat emas untuk Malaysia,” katanya menerusi sebuah video di laman sosial Facebook MOM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN