Tentera Israel menyamar, guna trak bantuan masuk kem Nuseirat

Tentera Israel menyamar, guna trak bantuan masuk kem Nuseirat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) mendedahkan tentera Israel menggunakan trak bantuan untuk menyusup masuk ke kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza untuk menyelamatkan empat tebusan Israel.

Jurucakap PRCS, Nebak Farsakh memberi peringatan tentang ancaman bahaya yang digunakan oleh rejim Zionis untuk menyusup masuk ke kem yang dihuni oleh pelarian Palestin. 

“Tentera Israel menipu orang ramai dengan menyamar di sebalik perlindungan bantuan yang amat diperlukan oleh orang awam di tengah-tengah konflik penderitaan akibat bekalan makanan yang terjejas teruk. 

“Ini jelas membahayakan keselamatan pasukan bantuan,” katanya kepada AFP.  

Bagaimanapun, tentera Israel menolak dakwaan anggota pasukannya menyusup ke Nuseirat dengan trak bantuan dan menyifatkan ia sebagai pembohongan. 

Sabtu lalu, empat tebusan Israel yang ditahan di Gaza sejak 7 Oktober lalu dibebaskan semasa operasi tentera di kem pelarian berkenaan. 

Tebusan itu ialah Almog Meir Jan, 22, Noa Argamani, 26, Andrey Kozlov, 27, dan Shlomi Ziv, 41, yang diculik semasa perayaan Nova pada 7 Oktober, tahun lalu. 

Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan oleh Hamas berkata, seramai 274 rakyat Palestin terbunuh dan 698 yang lain cedera semasa operasi ketenteraan di kem Nuseirat, Sabtu lalu. 

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa terlibat semasa operasi menyelamat mengatasi kapasiti hospital yang terhad di kawasan itu. 

Sebelum ini, tentera Israel juga dilaporkan menyamar sebagai pekerja bantuan awam untuk mencapai sasaran mereka. 

Januari lalu, beberapa tentera menyamar dengan memakai kostum doktor sebelum menembak mati tiga pejuang Hamas di Hospital Ibn Sina di bandar Jenin, Tebing Barat. -AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya