40,958 nama warganegara 18 tahun ke atas didaftar automatik pemilih baharu

40,958 nama warganegara 18 tahun ke atas didaftar automatik pemilih baharu

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 40,958 nama warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh sebulan pada bulan lalu didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

 Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pada masa sama sebanyak 11,134 orang pemilih berdaftar bertukar bahagian pilihan raya dan 965 orang pemilih bertukar kategori pengundi/ status.

 Katanya, daftar pemilih tambahan DPT BLN3/2026 itu telah diperaku pada 17 April lalu dan diwartakan pada hari ini.

 “DPT BLN3/2026 ini dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai hari ini hingga 19 Mei depan.

 “SPR menyediakan lima kaedah semakan iaitu melalui Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my,” katanya hari ini.

 Antara kaedah semakan lain ialah melalui portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my serta aplikasi mudah alih MySPR Semak selain Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218.

 SPR menyeru kepada warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Mac lalu dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi/ status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN3/2026.

 “Sekiranya mereka mendapati namanya tidak disenaraikan, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

 “Mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya dengan mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan,” katanya.

 Jelasnya, Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan untuk membuat serahan dan membayar fi bantahan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN