Iran lancar serangan dron ke atas kapal AS - Utusan Malaysia

Iran lancar serangan dron ke atas kapal AS

GAMBAR fail ebuah kapal melalui Selat Hormuz. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran melancarkan serangan dron pada Ahad ke arah beberapa kapal Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas terhadap tindakan tentera AS yang melepaskan tembakan dan memintas sebuah kapal Teheran, menurut media tempatan.

Agensi berita separa rasmi Tasnim melaporkan bahawa selepas tentera AS menaiki kapal kontena Touska di Teluk Oman, dron Iran dilancarkan ke arah kapal-kapal Amerika.

Namun, ia tidak menyatakan sama ada sasaran tersebut adalah kapal tentera atau komersial.

Iran sebelum ini mengesahkan bahawa tentera AS telah merampas kapal tersebut dan memberi amaran akan bertindak balas tidak lama lagi susulan tindakan itu,. Tindakan itu disifatkannya sebagai pelanggaran gencatan senjata dua minggu yang diusahakan oleh Pakistan dan sebahagian besarnya kekal sejak diumumkan pada 7 April.

Agensi berita Fars, turut melaporkan bahawa Markas Pusat Khatam al-Anbiya menyatakan tentera AS telah menyasarkan kapal tersebut, melumpuhkan sistem navigasi dan menaikinya selepas apa yang disifatkan sebagai pelanggaran gencatan senjata.

Jurucakap tentera Iran, Ebrahim Zolfaghari berkata, pasukan AS melepaskan tembakan ke arah kapal itu sebelum menaikinya.

Insiden itu pertama kali diumumkan oleh Presiden AS, Donald Trump pada Ahad dan kemudian disahkan oleh Markas Pusat AS (CENTCOM). Menurut CENTCOM,  kapal pemusnah  USS Spruance telah memintas kapal kargo berbendera Iran itu, yang cuba melanggar sekatan laut Amerika di Teluk Oman.

Menurut CENTCOM, Marin AS masih menahan kapal tersebut dalam jagaan mereka. Ia juga menyatakan bahawa kapal itu sedang menuju ke pelabuhan Iran di Bandar Abbas.

CENTCOM turut mengeluarkan rakaman video di platform X milik syarikat media sosial AS yang menunjukkan sebuah kapal perang AS memberi amaran kepada kapal tersebut sebelum melepaskan tembakan.

Zolfaghari berkata: “Amerika  yang agresif, dengan melanggar gencatan senjata dan melakukan lanun maritim, telah menyerang salah sebuah kapal Iran selepas melumpuhkan sistem navigasinya.”

Beliau menambah bahawa askar-askar marin AS menaiki kapal itu.

“Kami memberi amaran bahawan tentera Iran akan segera bertindak balas dan membalas tindakan lanun bersenjata oleh tentera AS ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN