Shahril letak jawatan Naib Presiden FAM

Shahril letak jawatan Naib Presiden FAM

SHAHRIL (dua dari kiri) ketika sidang media khas Selangor FC pada 13 Jun lalu. - Ihsan Facebook Selangor FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Shahril Mokhtar membuat keputusan melepaskan semua jawatannya bersama badan induk tersebut.

Shahril merupakan Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC berkata surat peletakkan jawatannya itu telah pun diserahkan kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Setiausaha Agung badan induk tersebut, Datuk Noor Azman Rahman.

“Secara rasmi saya sudah meletakkan semua jawatan di FAM dengan serta-merta. Surat peletakkan jawatan telah diserahkan kepada Datuk Presiden dan Setiausaha Agung tengah hari tadi,” katanya.

Tiada penjelasan lanjut dinyatakan mengenai keputusan yang dibuat namun dipercayai ia mempunyai kaitan dengan hukuman yang dikenakan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terhadap Selangor FC, semalam.

Selain Naib Presiden, Shahril turut memegang jawatan pengurus pasukan skuad Bawah 23 (B-23) negara.

Skuad Gergasi Merah menerima empat hukuman iaitu didenda RM100,000, perlu membayar pampasan kerugian yang ditanggung Johor Darul Ta’zim (JDT) dan MFL, dipotong tiga mata serta bermain tanpa penyokong pada perlawanan menentang skuad Harimau Selatan kelak di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Hukuman berkenaan diputuskan menerusi mesyuarat Lembaga Pengarah MFL susulan tindakan Selangor FC yang tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih pada 10 Mei lalu, menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN