Nasib Azeem ke Paris bakal terjawab malam ini

Nasib Azeem ke Paris bakal terjawab malam ini

MUHAMMAD Azeem Fahmi gagal meraih slot secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024-FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nasib Muhammad Azeem Fahmi bakal terjawab pada pukul 9.39 malam ini di Kejohanan Terbuka Kazakhstan 2024 bertempat di Almaty.

Pelari kelahiran Teluk Intan itu, mempunyai misi ‘wajib’ bergelar raja pecut Kazakhstan selain perlu mencatat masa dibawah 10.20s bagi melonjak kedudukan ranking 56 terbaik untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Bagaimanapun, pelari pecut 100 meter (m) negara itu mengharungi laluan berliku apabila jaguh Thailand Puripol Boonson menjadi pencabar utama buatnya dalam saingan terbabit.

Azeem mengungguli saringan ketiga dengan catatan 10.61 saat (s) mengatasi pelari Turkiye, Ertan Okzan yang berada di carta kedua (10.72s) manakala tuan rumah berada di tempat ketiga, Vitali Zems (10.84s)

Puripol pula muncul juara pada saringan kedua dengan catatan masa 10.80s diikuti Ildar Akhmadiev dari Tajikistan (10.88s) dan atlet Turkiye, Batuhan Altintas (10.98s).

Kali terakhir, pemegang rekod kebangsaan 10.09s itu bertemu Puripol ketika Sukan Asia Hangzhou 2022, tahun lalu.

Untuk rekod, kedudukan Azeem dijangka melonjak daripada 67 ke 57 selepas mengungguli Terbuka Malaysia, minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN