Kuartet 4x100m hadiahkan gangsa

Kuartet 4x100m hadiahkan gangsa

AKSI kuartet negara pada pada Kejohanan Olahraga Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2026 di Ordos, China, hari ini. - IHSAN OLAHRAGA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuartet 4×100 meter (m) lelaki negara menghadiahkan pingat gangsa pada Kejohanan Olahraga Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2026 di Ordos, China, hari ini.

Gandingan Muhammad Azeem Mohd. Fahmi, Reeve Kua Man Hong, Pengiran Aidil Auf Hajam dan Mohamad Armin Zahryl Abd. Latif menamatkan perlumbaan dengan catatan 39.20 saat (s) untuk menduduki tempat ketiga keseluruhan.

Pingat emas menjadi milik tuan rumah, China yang mencatat masa 38.38s, manakala Hong Kong membawa pulang perak selepas merekodkan 38.88s.

Walaupun gagal memperbaharui rekod kebangsaan 39.03s, pencapaian meraih gangsa tetap menjadi petanda positif buat kuartet negara yang semakin menunjukkan peningkatan di pentas Asia.

Kejayaan itu turut melengkapkan kempen cemerlang Malaysia di Ordos selepas Mohamad Armin Zahryl sebelum ini mencipta sensasi dengan memperbaharui rekod kebangsaan acara 110m lari berpagar sebanyak dua kali dalam tempoh kurang 24 jam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN