NEW DELHI: Perdana Menteri interim India, Narendra Modi memulakan proses membentuk kerajaan campuran selepas Parti Bharatiya Janata (BJP) gagal mencapai majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum 2024.
Pilihan Raya yang menyaksikan persaingan sengit itu menyebabkan Modi perlu mengadakan rundingan dengan parti sekutu utamanya.
Pertemuan bersama pemimpin parti perikatan diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri yang turut dihadiri oleh pemimpin parti gabungan Perikatan Demokratik Kebangsaan (NDA).
Modi dijangka mengangkat sumpah jawatan bersama rakan-rakan Kabinetnya di hadapan Presiden, Droupadi Murmu, 8 Jun ini.
Modi kembali memegang tampuk pemerintahan untuk penggal ketiga dengan kemenangan tipis selepas partinya gagal mendapat majoriti mudah buat kali pertama semasa pilihan raya.
Untuk rekod, BJP menang 240 kerusi daripada 272 kerusi yang dipertandingkan di Dewan Rendah Parlimen, Lok Sabha.
Sebelum ini, BJP memenangi 282 kerusi melebihi majoriti diperlukan dan 303 kerusi masing-masing pada pilihan raya 2014 dan 2019, membolehkan Modi mentadbir sendiri tanpa campur tangan wakil parti lain. -NDTV










