Banduan didakwa bunuh banduan di Penjara Marang

Banduan didakwa bunuh banduan di Penjara Marang

CHE Mohd. Nazzaruddin Che Ros (tengah) dan dua rakan subahat dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Marang atas pertuduhan membunuh seorang banduan lain di Penjara Marang, 24 Ogos lalu. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang banduan didakwa di Mahkamah Majistret Marang di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang banduan lain di Penjara Marang, hujung Ogos lalu.

Che Mohd. Nazzaruddin Che Ros, 36, bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Athirah Hashim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Nor Mohd. Helmi Sahari, 38, di Zon 2 bilik R10, Penjara Marang antara pukul 8.45 pagi hingga 9.15 pagi pada 24 Ogos lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun. Sekiranya hukuman mati tidak dikenakan, pesalah lelaki yang berumur di bawah 50 tahun juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

Mahkamah tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 10 Disember ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

Dalam prosiding berasingan, dua lagi banduan, Mohd. Fadli Che Mansor, 36, dan Nor Dhitauddin Afiq Norwadi, 22, turut didakwa bersama-sama menyebabkan kecederaan terhadap mangsa yang sama di lokasi dan pada waktu kejadian tersebut.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Athirah Hashim. Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nor Mohd Helmi di tempat dan masa yang sama. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 5 November ini untuk sebutan semula kes berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini