BATU PAHAT: Kerajaan Johor menyediakan biasiswa RM5 juta tahun ini untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang dan berhasrat melanjutkan pengajian di luar negara. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, jumlah berkenaan bertambah berbanding tahun lepas (2023) dengan melibatkan jumlah sebanyak RM3 juta. Menurut beliau, pihaknya akan mengenalpasti jumlah sebenar pelajar yang akan diberikan biasiswa berkenaan dengan beberapa tapisan akan dilakukan sebelum diberikan kepada…










