PETALING JAYA: Kumpulan AmBank menyalurkan kemudahan pembiayaan berjumlah RM102.40 juta kepada Gajahsuria Power Sdn. Bhd. (GSP) bagi menyokong pembangunan projek solar berskala besar 5 (LSS5) di Kampung Gajah, Perak. Projek berkapasiti 29.99 megawatt arus ulang alik (MWac) itu diterajui oleh Constant Energy Malaysia Holding Sdn. Bhd. (CEMH) bersama rakan konsortium, Sun Energy Ventures Sdn. Bhd. dan BayWa r.e. Energy Solutions Sdn. Bhd. Pembiayaan tersebut akan digunakan bagi membiayai modal kerja…










