Harga diesel naik, pengusaha bas Singapura naikkan harga tiket

Harga diesel Malaysia naik, pengusaha bas Singapura mahu naikkan harga tiket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Penumpang bas dan pelanggan agensi pelancongan di Singapura menjangkakan harga tambang akan meningkat susulan kenaikan harga diesel di Malaysia. 

Ketua Pegawai Eksekutif, Singapore Cab Booking, Farid Khan yang menawarkan khidmat pengangkutan antara Singapura dan Malaysia memaklumkan perkhidmatan basnya akan terkesan akibat kenaikan harga bahan api itu.

“Kami menyediakan perkhidmatan dari Singapura ke Kuala Lumpur. Dengan kenaikan harga diesel sebanyak 50 peratus, harganya hampir serupa dengan harga diesel di Singapura. 

“Pihak syarikat juga perlu membayar caj tol. Dengan harga diesel yang meningkat, sekiranya kami ingin menaikkan harga buat pelanggan, ia jelas menjadi satu masalah kerana mereka tidak akan berpuas hati dan gembira dengan kenaikan itu,” katanya lapor Channel News Asia. 

Farid berkata, pihaknya merancang untuk menaikkan harga tambang sekurang-kurangnya 20 peratus sepanjang beberapa bulan akan datang bagi pakej atau perjanjian baharu. 

Sementara itu, Pengarah EU Holidays, Ong Han Jie berkata, pakej pelancongannya ke Malaysia yang merangkumi 10 peratus daripada perniagaannya akan menaikkan harga tambang.  

Bagaimanapun, agensi itu belum mengesahkan harga yang akan ditetapkan kepada pelanggan.  

Kedua-dua pemilik syarikat itu berkata, kenaikan harga tambang yang akan dilaksanakanitu tidak akan mempunyai kesan besar terhadap perniagaan mereka kerana syarikat lain juga terjejas. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN