Waran tangkap untuk Netanyahu, Hamas

Waran tangkap untuk Netanyahu, Hamas

KANAK-KANAK Palestin yang dipindahkan beratur untuk menerima makanan di Rafah, di selatan Gaza, pada 19 Mei lalu. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Pejabat pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) meminta waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Ketua Pertahanannya, Yoav Gallant serta tiga pemimpin Hamas atas dakwaan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan.

Tiga pemimpin Hamas ialah Ketuanya, Ismail Haniyeh yang berpangkalan di Qatar dan Ketua Gaza, Yahya Sinwar serta Pemimpin Briged al-Qassam, Mohammed Deif.

Langkah pendakwa raya ICC ini mungkin memberi kesan kepada hubungan diplomatik dan kes-kes mahkamah lain yang tertumpu di Gaza.

Permintaan pendakwa raya ICC, Karim Khan itu dibawa ke kamar pra-perbicaraan.

DIANGGOTAI TIGA MAJISTRET

Dewan itu akan dianggotai oleh tiga majistret iaitu Ketua hakim, Lulia Motoc dari Romania, Hakim Mexico, Maria del Socorro Flores Liera dan Hakim Reine Alapini-Gansou dari Benin.

Tiada tarikh akhir untuk hakim memutuskan sama ada akan mengeluarkan waran tangkap berkenaan.

Dalam kes-kes sebelum ini, hakim mengambil mana-mana sahaja dari lebih sebulan hingga beberapa bulan.

WARAN DIKELUARKAN JIKA HAKIM BERSETUJU

Jika hakim bersetuju terdapat alasan munasabah untuk mempercayai jenayah perang atau jenayah terhadap kemanusiaan dilakukan, mereka akan mengeluarkan waran tangkap.

Waran mesti menamakan individu, jenayah khusus dan kenyataan fakta yang didakwa membentuk jenayah tersebut.

Hakim boleh meminda permintaan waran tangkap dan memberikan hanya sebahagian daripada apa yang dicari oleh pihak pendakwa raya.

Caj pertuduhan juga boleh ditukar dan dikemas kini kemudian.

PEMIMPIN ISRAEL, HAMAS TOLAK DAKWAAN

Pemimpin Isra­el dan Hamas ba­gaimanapun menolak dakwaan melakukan jena­yah perang dan wakil kedua-dua pihak mengkritik keputusan Karim.

Statut Rom, pe­ngasas ICC digabungkan dengan perundangan daripada kes-kes lepas yang melibatkan waran tangkap terhadap ketua negara yang bersidang, mewajibkan semua 124 negara penandatangan ICC untuk

menangkap dan menyerahkan mana-mana individu yang tertakluk kepada waran tangkap ICC jika mereka menjejakkan kaki di wilayah mereka.

Bagaimanapun, mahkamah tidak mempunyai cara untuk menguatkuasakan tangkapan.

Sekatan untuk tidak menangkap seseorang adalah merujuk kembali kepada perhimpunan negara anggota ICC dan akhir­nya merujuk kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN