Tentera Israel serang waktu Subuh di Rafah, 12 rakyat Palestin

Tentera Israel serang waktu Subuh di Rafah, 12 rakyat Palestin maut

PENDUDUK Palestin memeriksa kerosakan selepas tentera Israel berundur dari sebahagian kem pelarian Jabalia, berikutan serbuan, di utara Gaza, semalam. -REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin dalam serangan udara pada waktu subuh di Rafah, selatan Gaza.

Pertempuran juga berlaku di beberapa kawasan lain di kawasan pinggir pantai, kata pegawai perubatan Gaza.

Israel dikatakan meneruskan serangannya ke atas Rafah sehari selepas mengumumkn tenteranya menguasai zon penampan di sepanjang sempadan berdekatan antara Gaza dan Mesir.

Penguasaan zon penampan memutuskan laluan yang digunakan oleh kumpulan Hamas untuk menyeludup senjata ke Gaza selama lebih tujuh bulan perang selain memusnahkan sebahagian besar wilayah itu dan menimbulkan kebimbangan kebuluran.

Sumber perubatan Gaza berkata, 12 rakyat Palestin yang juga orang awam terbunuh dan jumlah yang cedera dalam serangan udara Israel itu belum dapat ditentukan.

Seorang lagi orang awam Palestin terbunuh dalam serangan udara ke atas kem pelarian Al-Shati di barat Bandar Gaza di utara kawasan yang padat dengan penduduk.

Israel melaporkan pertempuran di selatan, tengah dan utara Gaza tetapi tidak segera mengulas mengenai kematian yang dilaporkan di Rafah, di mana ratusan ribu penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal berlindung sebelum perang berlangsung.

Dalam pada itu, perkhidmatan komunikasi turut terputus di Rafah, kata syarikat telekomunikasi Palestin Jawa dalam satu kenyataan.

Israel meneruskan serbuan ke atas Rafah walaupun perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), mahkamah tertinggi PBB, untuk menghentikan serangan.

Israel berkata tenteranya membunuh 300 lelaki bersenjata Palestin di bandar itu sejak 6 Mei lalu apabila ia melancarkan apa yang dipanggil sebagai dorongan untuk menumpaskan pejuang Hamas dan menyelamatkan tebusan. 

ICJ juga menggesa pembebasan tebusan yang ditahan di Gaza oleh Hamas.

Lebih 36,000 rakyat Palestin terbunuh dalam perang udara dan darat Israel di seluruh Gaza dengan 53 daripada mereka terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu, kata kementerian kesihatan wilayah yang dikendalikan Hamas.

Israel melancarkan serangannya selepas pejuang Hamas menyeberang dari Gaza ke selatan Israel pada 7 Oktober tahun lalu, membunuh 1,200 orang dan menculik lebih 250, menurut pengiraan Israel.

Tentera Israel berkata seorang askar terbunuh dalam pertempuran di utara Gaza, menjadikan 292 kekalahan tempur Israel sejak pencerobohan darat Gaza yang pertama pada 20 Oktober lalu. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN